Premis proses ayam diserbu, buang sisa dalam lurang kumbahan

Sebuah premis memproses ayam diserbu Bahagian Penguatkuasaan SPAN bersama Majlis Perbandaran Klang dan IWK dipercayai membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam lubang paip kumbahan di Deluxe Industrial Park pada Jumaat.
Sebuah premis memproses ayam diserbu Bahagian Penguatkuasaan SPAN bersama Majlis Perbandaran Klang dan IWK dipercayai membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam lubang paip kumbahan di Deluxe Industrial Park pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Sebuah premis memproses ayam diserbu selepas dipercayai membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam lubang paip kumbahan di sebuah taman industri di sini, pada Jumaat.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, operasi dijalankan hasil aduan daripada pihak Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) Unit Klang terdapat kemasukan efluen terlarang ke lubang kumbahan milik mereka.

"Premis ini disyaki melepaskan sisa terlarang berupa bulu ayam ke dalam saluran pembetungan dan seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam.

"Perkara ini juga menyebabkan saluran pada lurang kumbahan milik IWK tersumbat," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Antara barangan yang disita dalam serbuan dijalankan.
Antara barangan yang disita dalam serbuan dijalankan.

Serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Majlis Perbandaran Klang dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd (IWK).

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan penyitaan premis telah dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

"Operasi penguatkuasaan sebegini adalah isyarat jelas bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan sebegini akan memberi impak kepada sistem rawatan kumbahan awam dan juga alam sekitar," kata kenyataan itu.

Anggota Bahagian Penguatkuasaan SPAN sedang memeriksa lubang kumbahan di lokasi serbuan.
Anggota Bahagian Penguatkuasaan SPAN sedang memeriksa lubang kumbahan di lokasi serbuan.

Kata kenyataan itu, perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam boleh disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

"Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran, para pengguna boleh menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel aduan@span.gov.my," katanya.