Laung azan ketika ribut landa rumah

Keadaan rumah mangsa yang rosak dalam kejadian itu.
Keadaan rumah mangsa yang rosak dalam kejadian itu.
A
A
A

KLUANG - Lapan rumah rosak selepas dilanda angin kuat dalam kejadian hujan lebat di beberapa kawasan di Simpang Renggam, dekat sini pada Jumaat.

Seorang mangsa dari Taman Renggam Jaya, Mansor Fujiono, 51, dalam kejadian pada jam 6 petang itu, dia melaungkan azan selepas melihat pokok besar yang terletak kira-kira 500 meter depan rumah bergoyang kuat disusuli hujan lebat, guruh dan petir.

"Ketika itu, saya baru sahaja pulang bekerja sebagai tukang rumah di kawasan sekitar Simpang Renggam.

"Saya nekad melaungkan azan sebelum tiba-tiba garaj kereta saya yang diperbuat daripada zink terbang dan berpusing sebelum terbalik betul-betul depan saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.

Seorang lagi mangsa, Nor Azman Sahari, 52, ketika kejadian dia sedang berehat dalam rumah sebelum meninjau hujan lebat di luar rumah.

"Selama lima tahun tinggal menetap di sini saya tak pernah alami kejadian ini dan angin kuat merosakkan beberapa bahagian rumah termasuk sebuah kanopi di halaman rumah," katanya.

Seorang mangsa di Kampung Shari Blok 4, Shahrul Hisam, 41, pula berkata, kejadian itu menyebabkan dia sekeluarga bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

Shahrul Hisam
Shahrul Hisam

“Ketika itu saya sedang menguruskan ibu, Aminah Jarib, 85, yang sakit tua sebelum terdengar anak anak dari rumah sebelah menjerit ketakutan.

“Saya bingkas meletakkan ibu dan menyelamatkan anak kecil saya berusia dari setahun hingga enam tahun ke rumah ibu yang terletak bersebelahan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Negeri Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi yang turun padang meninjau kejadian berkenaan berkata, pihaknya memberi sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mangsa.

Shahrul Hisam (dua dari kanan) menunjukkan rumah sewanya yang rosak dipukul angin kencang di Kampung Shari, Simpang Renggam, Kluang, pada Sabtu.
Shahrul Hisam (dua dari kanan) menunjukkan rumah sewanya yang rosak dipukul angin kencang di Kampung Shari, Simpang Renggam, Kluang, pada Sabtu.