Bidaan nombor KFD dijangka cecah jutaan ringgit: JPJ

Siri nombor KFD yang diiklankan oleh JPJ di platform media sosial mereka.
Siri nombor KFD yang diiklankan oleh JPJ di platform media sosial mereka.
A
A
A

ALOR SETAR - Bidaan tender siri nombor KFD yang dibuka bermula Ahad sehingga bidaannya ditutup pada 11.59 malam Khamis dijangka mampu mencecah sehingga RM1 juta.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tersebut diadakan selama lima hari secara dalam talian melalui https://jpjebid.jpj.gov.my.

Menurutnya, orang ramai juga digalakkan memuat turun aplikasi JPJ eBid melalui PlayStore dan AppStore.

"Bagi siri nombor tender KFD yang akan dibuka pada 4 April tidak ada sinonim dengan apa-apa perkara lain seperti nama orang, pertubuhan dan sebagainya.

"Namun demikian, mungkin ada nilai-nilai komersial atau 'sentimental value' bagi sesetengah orang. Kita menjangkakan nilaian keseluruhan tender boleh mencecah sehingga RM1juta bagi siri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bidaan nombor pendaftaran KFC cecah lebih RM2 juta

Sebelum ini, plat nombor pendaftaran KFC yang tamat bidaan melalui aplikasi JPJebid pada 17 Februari lalu berjaya mengutip hasil sebanyak RM2,018,364.

Seramai 3,118 individu telah membida nombor siri tersebut dan plat KFC 7 muncul bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM52,000 diikuti KFC 9 sebanyak RM48,000.

Bidaan tertinggi direkodkan adalah nombor pendaftaran KEN mencecah kutipan RM4.8 juta pada tahun 2016.

Artikel Berkaitan: