Tingkat bekalan susu segar tempatan

Tarang (tiga dari kiri) dan Norlizan (tiga dari kanan) menunjukkan Perjanjikan Kerjasama antara DLMI yang disaksikan Ronald (dua dari kanan), Haslina (kanan) dan Eva (dua dari kiri) pada Jumaat.
Tarang (tiga dari kiri) dan Norlizan (tiga dari kanan) menunjukkan Perjanjikan Kerjasama antara DLMI yang disaksikan Ronald (dua dari kanan), Haslina (kanan) dan Eva (dua dari kiri) pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Syarikat tenusu terkemuka, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) menjalinkan Perjanjian Kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti pembekalan susu segar negara.

Pengarah Urusan DLMI, Tarang Gupta berkata, kolaboratif yang turut disokong oleh kerajaan Belanda itu adalah langkah awal syarikat berkenaan bagi menunjukkan komitmen pelaburannya kepada pertumbuhan dan kelestarian industri tenusu Malaysia.

Menurutnya, kerjasama yang bakal dilaksanakan melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman antara Belanda dan Malaysia akan turut melibatkan pembabitan penternak lembu tenusu tempatan.

“Kerjasama ini akan menjadikan Program Pembangu-nan Tenusu (DDP) DLMI dan ‘Farmer2 Farmer’ (F2F) sebagai platform untuk Malaysia serta Belanda bekerjasama mencapai sasaran bekalan susu segar yang lestari kepada rakyat negara ini.

“Inisiatif ini merangkumi pertukaran dan perkongsian sumber, kemudahan fasiliti, data, pengetahuan serta kemahiran dalam bidang kepakaran dan pengalaman masing-masing untuk memastikan kelebihan komersial serta strategik yang menjadi kepentingan terbaik peserta terlibat,” katanya pada Majlis Penyerahan Memorandum Kerjasama antara DLMI dan DVS di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid; Ketua Pengarah DVS, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor dan Timba-lan Ketua Perwakilan Kedutaan Belanda di Malaysia, Eva-Oskam.

Tarang berkata, sebagai syarikat yang telah beroperasi di Malaysia selama 58 tahun, beliau yakin DLMI berada di posisi terbaik bagi menjadi penghubung antara Malaysia dan Belanda dalam memudahkan pertukaran pengetahuan berkaitan industri tenusu.

Menurutnya, Belanda merupakan negara yang memiliki pengalaman lebih satu abad dalam industri berkenaan dan telah mencapai kedudukan kompetitif pada peringkat antarabangsa berdasarkan penilaian standard yang tinggi bagi teknologi serta kualiti.

Artikel Berkaitan:

“Kolaboratif selama tiga tahun ini adalah perkara yang signifikan bagi Malaysia yang kini Kadar Sara Diri (SSL) susu negara berada pada tahap 62 peratus untuk mencapai sasaran 100 peratus SSL menjelang 2025,” kata beliau.

Sementara itu, Norlizan berkata, kerjasama terbaharu kerajaan bersama DLMI akan memberi peluang kepada penternak Malaysia menerima pendedahan praktis terbaik yang diamalkan di Belanda.