Akan tumbangkah Zahid?

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

BUKAN main panas sekarang cerita pasal kedudukan Presiden UMNO. Sudah lama terdengar suara-suara untuk singkirkan beliau. Cerita macam ini dah jadi bahan perbincangan dalam kalangan orang UMNO dan bukan UMNO.

Tuk Seri Nazri Aziz nampaknya terang-terang kata Tuk Seri Zahid ada isu kepimpinan. Khairy Jamaluddin mahu pemilihan UMNO dibuat secepat mungkin.

Tan Sri Annuar Musa juga mahu akar umbi buat keputusan.

Banyak lagi suara-suara yang jelas mahukan perubahan pada pimpinan UMNO. Pada dasarnya, akar umbi mahu UMNO yang kuat dan stabil untuk hadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Perhimpunan Agung UMNO yang lalu patut jadi tempat tunjuk kekuatan UMNO sebenar. Tapi yang jelas Zahid tak diberi sokongan padu oleh perwakilan.

Ucapannya pun diterima seadanya sahaja, kata orang. Zahid nak tangkis pandangan pada beliau dengan serang individu tertentu dalam parti, selain parti lawan.

Awang tak hairan apabila Nazri kata UMNO jadi ‘harimau kertas’. Presiden parti tak boleh arah pemimpin UMNO dalam kerajaan dan GLC letak jawatan.

Zahid yang cakap berdegar-degar tapi tak menakutkan sesiapa. Malah menteri dan timbalan menteri dengar cakap Tan Sri Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Datuk Seri Shahidan Kassim bertanya arahan siapa suruh berhenti?

“Takkanlah 10 suara pemimpin itu jadi suara UMNO?”