Ketum ayam, ketum dua spesies berbeza

Mior Faridalathrash (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Inspektor Nurul Shafinaz Halim (dua, kiri) pada majlis Lawatan Ketua Polis Perak dan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan IPD Kerian hari ini. - Foto Bernama
Mior Faridalathrash (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Inspektor Nurul Shafinaz Halim (dua, kiri) pada majlis Lawatan Ketua Polis Perak dan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan IPD Kerian hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BAGAN SERAI - Polis Perak berharap masyarakat tidak akan mengambil kesempatan daripada galakan kerajaan negeri berhubung penanaman ketum ayam dengan menanam pokok ketum.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketum ayam dan ketum merupakan dua tumbuhan berbeza sekalipun mempunyai fizikal hampir sama.

“Nama ketum ayam ini dipanggil kerana rupa fizikal daun pokok ini menyerupai daun pokok ketum dan diguna pakai sebagai sumber alternatif pemakanan haiwan ternakan seperti ayam.

“Ketum pula adalah sejenis tumbuhan yang boleh menyebabkan ketagihan kepada manusia dan telah dilarang penggunaannya di negara ini.

"Kalau mahu petik dan memiliki sehelai daum ketum dan menyimpannya juga merupakan satu kesalahan mengikut Akta Racun," katanya pada sidang akhbar selepas lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dilapor menggalakkan penduduk kampung menanam pokok ketum ayam yang daunnya dikatakan sesuai sebagai makanan ternakan, sekali gus dapat mengurangkan kos makanan untuk ternakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perak galak rakyat tanam ketum ayam

Carian Internet mendapati ketum ayam atau nama saintifiknya Trichanthera gigantea berasal dari Amerika Selatan sementara ketum yang nama saintifiknya Mitragyna speciosa merupakan tanaman asal di Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu dalam ucapannya, Mior Faridalathrash berkata, polis Perak berjaya mengutip RM14.7 juta bayaran kompaun menerusi Kempen Diskaun Saman yang bermula dari 15 hingga 31 Mac lepas.

Angka itu meliputi 124,342 saman atas pelbagai kesalahan, katanya. - Bernama