Warga emas ditemui mati

Mayat mangsa diusung keluar dari dalam rumahnya di Taman Alam Perdana, Binjai, Kemaman untuk dibawa ke hospital.
A
A

KEMAMAN – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam rumahnya di Taman Alam Perdana, Binjai, di sini, tengah hari tadi.

Mayat mangsa, Chan Yu Yong, 60, ditemui jirannya kira-kira jam 1.30 tengah hari sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis.

Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman yang bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan menemui mangsa tertiarap di tepi katil dalam bilik tidurnya.

CHAN YU YONG
CHAN YU YONG

Ketua Polis Daerah Kemaman berkata, siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

"Namun hasil siasatan dapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Difahamkan mangsa yang mengidap penyakit angin ahmar sejak dua tahun lalu tinggal sendirian di rumah kerana anak-anaknya menetap di Kuala Lumpur.