Gerakan Rasuah Busters boleh jadi penggerun

HUSSAMUDDIN
HUSSAMUDDIN
A
A
A

KAJANG – Gerakan Rasuah Busters boleh menjadi faktor penggerun dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, pihaknya percaya sekiranya ada faktor penggerun itu, gejala rasuah dapat diputuskan.

“Bila (ada) faktor penggerun, Insya-ALLAH kita boleh putuskan rantaian walau mengambil masa.

“Seperti Covid-19 juga, apabila kita putuskan rantaian yang merebak itu, perkara itu sudah tidak berkembang. Kita perbaiki perkara yang menjadi masalahnya,” kata Hussamuddin pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Program Rasuah Busters bertajuk ‘Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat’ di pejabat BeliGas di sini.

Program itu turut menampilkan Pengarah Urusan BeliGas.my, Suthan M dan Pasukan Teras, Anas Zubedy manakala personaliti televisyen, Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Hussamuddin yang merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf menambah, membanteras rasuah ini juga perlu disuarakan oleh ramai pihak secara serentak.

Hussamuddin (depan, tiga dari kiri) memegang plakad Rasuah Busters selepas program RasuahBusters yang membincangkan tajuk Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat di pekarangan pejabat BeliGas, Kajang pada Jumaat.
Hussamuddin (depan, tiga dari kiri) memegang plakad Rasuah Busters selepas program RasuahBusters yang membincangkan tajuk Basmi Rasuah: Menurunkan Harga Barang Keperluan Rakyat di pekarangan pejabat BeliGas, Kajang pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

“Kalau semua orang bercakap serentak saya rasa kita boleh putuskan rantaian,” katanya.

Beliau turut menyifatkan 'vaksin' untuk rasuah ialah sistem nilai seperti perlu kembali kepada Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

“Jika sistem nilai ini boleh dimasukkan ke dalam hati, dia akan menjadi sistem operasi di mana kalau anda pegawai, anda tidak akan terima rasuah dan anda tidak akan bayar rasuah,” tegas Hussamuddin.

Hussamuddin turut menyuarakan kekaguman dengan inisiatif BeliGas yang berani mengambil tindakan dengan membawa mesej Rasuah Busters di semua platform mereka.