UNICEF gesa negara kaya kongsi vaksin

No Image Caption
A
A
A

WASHINGTON - Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyeru negara-negara kaya menghentikan amalan "nasionalisme vaksin" sebaliknya berkongsi vaksin Covid-19 melalui kemudahan COVAX, lapor Sputnik.

Pengarah Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Ted Chaiban berkata, penting untuk menangani visu agihan vaksin secara menyeluruh kerana melindungi negara berpendapatan tinggi sahaja tidak akan mengembalikan keadaan kepada normal.

"Kami mendesak negara-negara kaya agar pertimbang untuk berkongsi dos mereka dengan seluruh dunia melalui kemudahan COVAX.

“Kami meminta sektor swasta tampil dan bekerjasama dengan COVAX untuk membantu meningkatkan penghantaran dan pengedaran vaksin yang adil,” katanya pada sidang media EMRO Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

UNICEF juga menyeru pengeluar vaksin untuk melesenkan, melakukan sub-kontrak dan berkongsi teknologi dan pengetahuan dengan rakan pembuat vaksin - tanpa mengira had atau sekatan geografi - bertujuan meningkatkan skala bekalan dengan segera.

“Semua halangan untuk pengembangan kapasiti harus dihentikan termasuk halangan Hak Harta Intelek,” katanya.

UNICEF telah mengagihkan lebih tiga juta dos vaksin ke sepuluh negara di Timur Tengah dan Afrika Utara menerusi kemudahan COVAX, dengan penghantaran terbaharu ke Yaman dan Mesir pada Khamis.WHO telah menetapkan matlamat untuk memulakan vaksinasi di semua negara dalam 100 hari pertama tahun ini.

Setakat ini 36 negara belum memulakan vaksinasi, 16 daripadanya akan menerima kumpulan pertama melalui mekanisme COVAX dalam masa dua minggu lagi.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhan, 177 negara telah memulakan kempen vaksinasi dan COVAX telah mengedarkan lebih 32 juta vaksin ke 61 negara. - Bernama