Mayat lelaki lemas di tasik ditemui

Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Taman Tasik Cyberjaya, Semarak Garden Cyberview pada Khamis berjaya ditemui pada pagi Jumaat.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Taman Tasik Cyberjaya, Semarak Garden Cyberview pada Khamis berjaya ditemui pada pagi Jumaat.
A
A
A

CYBERJAYA - [DIKEMASKINI] Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dalam kejadian di Taman Tasik Cyberjaya pada Khamis di sini ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira jam 10.35 pagi pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, mayat mangsa berjaya ditemui oleh penyelam di dasar yang berkedalaman 6.5 meter dengan anggaran 20 meter jarak dari tebing.

"Mangsa merupakan seorang lelaki dianggarkan berumur 30-an, bagaimanapun identitinya belum dapat dikenal pasti," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pada Khamis, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam tasik di Taman Tasik Cyberjaya di sini.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu disedari beberapa pekerja pembersihan di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Belum sempat tolong, dia tenggelam'

Artikel Berkaitan: