X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin santuni peniaga kecil di Medan Niaga Satok

Muhyiddin (kiri) cuba bakat membuat mi kolok sebelum bersarapan di Restoran Sepinang Sari di Jalan Satok, hari ini. Foto Bernama
A
A

KUCHING - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau operasi peniaga kecil di Medan Niaga Satok, antara kompleks perniagaan terbesar untuk usahawan kecil di negara ini.

Lawatan Perdana Menteri selama kira-kira 45 minit bagi menyantuni para peniaga di pusat perniagaan itu, turut diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri Persekutuan dan negeri.

Semasa lawatan itu, Muhyiddin turut menyempurnakan penyampaian bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) kepada peniaga di medan niaga berkenaan.

Medan Niaga Satok dirasmikan oleh Muhyiddin pada 28 Januari 2013 sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan merupakan projek usaha sama antara kerajaan Sarawak dan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA).

Medan perniagaan itu, merangkumi ruang niaga berkonsepkan pasar terbuka yang merangkumi zon basah, kering, benteng, pasar minggu dan pasar borong. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!