Bahrain sedia jalin hubungan dengan Israel

Sheikh Khalid bin Ahmed Al Khalifa
Sheikh Khalid bin Ahmed Al Khalifa
A
A
A

WARSAW - POLAND. Menteri Luar Bahrain, Sheikh Khalid bin Ahmed Al Khalifa berkata negaranya akan membentuk hubungan rasmi dengan rejim Israel.

Agensi berita Anadolu melaporkan, akhbar Yedioth Ahronoth menerbitkan video mengenai kenyataan Sheikh Khalid yang mengatakan hubungan antara Bahrain dan Israel adalah wajar.

Video ini diambil oleh seorang wartawan Israel ketika menemuramah Sheikh Khalid di luar persidangan Warsaw di Poland.

Dalam temu bual itu, wartawan Israel meminta pandangan Sheikh Khalid mengenai kemungkinan lawatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu ke Manama.

"Saya percaya ini akan berlaku pada masa sesuai," katanya.

Sebelum ini, Jerusalem Post melaporkan lawatan delegasi perniagaan Israel ke Bahrain.

Pengarah Pusat Simon Wiesenthal, Abraham Cooper, mendedahkan kunjungan delegasi pegawai dagang Israel ke Bahrain sebagai balasan untuk lawatan baru-baru ini oleh perwakilan dari Bahrain ke Israel.

Pada bulan November 2017, Bahrain menghantar delegasi NGO ke Israel untuk membincangkan normalisasi hubungan antara Manama dan Tel Aviv.

Artikel Berkaitan:

Lawatan delegasi Bahrain ke Israel berlaku apabila masyarakat dunia memprotes Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. - Agensi