Mahkamah terima petisyen bubar parti Thai Raksa Chart

Pemimpin parti Thai Raksa Chart, Preechaphol Pongpanit berikrar untuk menentang pihak yang mengancam untuk membubarkan parti terbabit.
Pemimpin parti Thai Raksa Chart, Preechaphol Pongpanit berikrar untuk menentang pihak yang mengancam untuk membubarkan parti terbabit.
A
A
A

BANGKOK - THAILAND. Mahkamah Perlembagaan Thailand, semalam mengumumkan ia akan mendengar kes untuk membubarkan parti politik yang mencalonkan kakak Raja Maha Vajiralongkorn untuk jawatan perdana menteri dalam pilihan raya pada 24 Mac depan.

Pencalonan Puteri Ubolratana Rajakanya oleh parti Thai Raksa Chart yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra itu bagaimanapun dibatalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) selepas keputusan itu tidak dipersetujui adiknya kerana disifatkan tidak berperlembagaan.

EC memaklumkan ia telah menyerahkan petisyen kepada Mahkamah Perlembagaan pada Rabu lalu atas alasan parti itu telah mengambil langkah permusuhan dengan monarki Perlembagaan.

Mahkamah terbabit mengesahkan ia akan menerima kes tersebut.

"Kami sebulat suara mahu menerima petisyen itu untuk dipertimbangkan," katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, ia turut memberi tempoh tujuh hari kepada parti terbabit untuk mengemukakan tindak balas bertulis dan menjadualkan semula sesi awal mahkamah pada 27 Februari depan. - Agensi

Artikel Berkaitan: