Polis punyai jaringan luas untuk kesan Sajat: MAIS

Abdul Aziz ketika sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Khamis.
Abdul Aziz ketika sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yakin polis mempunyai jaringan luas untuk menjejaki usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usaha polis untuk mencari Nur Sajat menimbulkan pelbagai tanggapan pelbagai pihak termasuk kemungkinan berada di luar negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis negeri ini hanya memerlukan sedikit masa untuk mencari usahawan kosmetik itu yang masih belum ditemui, di samping mendapat kerjasama daripada polis di negeri-negeri lain.

“Bila Sajat sukar dijejaki, pelbagai persepsi akan timbul termasuklah kemungkinan dia berada di luar negara.

“Tapi tak semestinya. Mungkin dia di dalam negara tapi polis masih tak jumpa lagi.

“Pergilah ke mana-mana sekali pun, pihak polis mempunyai jaringan yang luas, cuma perlukan masa,” katanya ketika sidang akhbar pada Kempen Jom Sedekah ke dalam Tabung Amanah Anak Yatim Selangor di Acapella Suite Hotel di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat tidak akan terlepas daripada perbicaraan

Pada Khamis, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar Nur Sajat di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan usahawan kosmetik itu tidak dapat bolos ke negara jiran.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis berkata, gambar Nur Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas, namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.