Pharmaniaga jangka edar 300,000 vaksin Sinovac pada pertengahan April

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat Pharmaniaga Berhad bakal mengedarkan fasa kedua vaksin Covid-19 Sinovac sebanyak 300,000 vaksin lagi pada pertengahan bulan April selepas selesai ujian kestabilan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pihaknya kini dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Vaksin sudah ada di kilang kita hampir 300,000 dos dan dijangka akan selesai pada hujung April.

“Sebaik sahaja dah dapat kelulusan daripada NPRA, secepatnya kita akan membekalkan vaksin kepada negara kita,” katanya selepas selesai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini pada Khamis.

Turut bersama memeterai MoU itu ialah Macro Tech Venture Sdn Bhd bersama Mara.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa Pharmaniaga akan menerima 400 liter vaksin Sinovac dalam masa terdekat untuk proses 'fill and finish'.

Pharmaniaga juga dijangka akan membekalkan hampir dua juta dos sebulan kepada Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM).

Pada 27 Februari lalu, Malaysia menerima vaksin Covid-19 keluaran Sinovac yang diterbangkan dari Beijing, China menerusi penerbangan Malaysia Airlines MH319.

Artikel Berkaitan:

Vaksin tersebut dihantar secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!