Pemuda dikhuatiri lemas di Pantai Sungai Ular

Operasi SAR mangsa yang dikhuatiri lemas di Pantai Sungai Ular, Kuantan pada Khamis. - Foto Ihsan bomba Gambar kecil: Mohd Shahrudin
Operasi SAR mangsa yang dikhuatiri lemas di Pantai Sungai Ular, Kuantan pada Khamis. - Foto Ihsan bomba Gambar kecil: Mohd Shahrudin
A
A
A
KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika turun untuk melabuhkan bot di Pantai Sungai Ular, berhampiran sebuah resort di sini pada petang Khamis.

Mangsa, Mohd Shahrudin Remeli, 26, dipercayai mengalami kejang otot ketika berenang ke pantai sebelum tenggelam.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan daripada MERS 999 berhubung kejadian kira-kira jam 5.55 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng ke lokasi untuk mengggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi juga dibantu empat anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) dari Balai Bomba Kuantan. Pihak bomba membuat pencarian di sekitar kawasan tersebut dengan bantuan orang awam," katanya di sini pada Khamis.
Artikel Berkaitan:


Anuar berkata, sehingga jam 7 petang, mangsa gagal ditemui.

"Operasi SAR ditangguhkan kira-kira 7.10 malam dan akan disambung pagi pada Jumaat," katanya.