KRT perlu giat pelbagai program

MD Farid berbual dengan orang ramai di program berkenaan
MD Farid berbual dengan orang ramai di program berkenaan
A
A
A

IPOH - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara perlu giat menganjurkan pelbagai program di kawasan masing-masing dalam usaha menjana pembangunan ekonomi setempat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata, antara program yang perlu dilaksanakan adalah program yang berasaskan ekonomi.

Menurutnya, penganjuran program-program seumpamanya dilihat mampu menjana keuntungan dan sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi.

"KRT adalah platform terbaik bagi tujuan menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan fahaman ideologi politik.

"Selain itu, KRT juga adalah ejen untuk mengeratkan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat," katanya.

Md Farid berkata demikian ketika ditemui sempena Bengkel Seni Kraf KRT Kampung Dato Ahmad Said Tambahan Dua, hari ini.

Untuk rekod, sehingga kini terdapat 8,100 KRT di seluruh negara.

Sementara itu Mohd Farid berkata, KRT juga disarankan untuk mengetengahkan pelbagai program serta aktiviti-aktiviti pada masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"KRT wajar mempunyai pelbagai program yang boleh diketengahkan untuk manfaat penduduk.

"Antara programnya adalah seperti Jiran Muda, Jiran Warga Emas serta Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang menjalankan kawalan keselamatan di kawasan kejiranan masing-masing," katanya.