MFMP tandatangan MoU bersama Pejabat Sukan Takbai

Dari kiri Nusantara, Fared, Artisan dan Wan Mat selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara dua buah badan sukan itu.
Dari kiri Nusantara, Fared, Artisan dan Wan Mat selepas menandatangani perjanjian persefahaman antara dua buah badan sukan itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Persekutuan Muaythai Profesional Malaysia (MFMP) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Pejabat Sukan Takbai dalam mengemaskini perjalanan Muaythai di antara dua negara.

MoU itu hasil perbincangan kedua-dua belah pihak demi hubungan dan pelbagai kejohanan yang bakal di langsung tahun ini.

Perjanjian itu melibatkan MFMP diwakili Presidennya, Datuk Seri Fared Abdul Ghani, manakala Pejabat Sukan Takbai diwakili Presiden Sukan Takbai yang juga Timbalan Datuk Bandar Takbai, Wan Mat Wan Yusof dengan disaksikan Datuk Bandar Takbai, Nusantara Wan Deraman di pejabat beliau.

Fared yang juga merupakan seorang promoter di negara Thailand amat teruja dgn MoU tersebut dan menyifatkan ia sebagai perkongsian bermanfaat antara negara.

"Saya harap perjalanan Muaythai di Malaysia akan semakin berkembang dengan kemudahan kerjasama yang telah ditandatangani ini.

"Sebelum ini saya juga telah tandatangani perjanjian dengan Phuket, Hatyai, Patani, Betong dan Yala di Thailand," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: