Natxo Insa digantung dua perlawanan, denda RM10,000

Natxo didapati bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan selepas menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya.
Natxo didapati bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan selepas menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya.
A
A
A

PEMAIN Johor Darul Ta'zim (JDT, Natxo Insa dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda sebanyak RM10,000 susulan tindakannya terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika aksi Liga Super menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, Natxo didapati bersalah melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan selepas menyentuh dada pengadil berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya.

"Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod ini di mana pemain ini dikenakan penggantungan satu perlawanan terlebih dahulu dan baki satu lagi perlawanan adalah ditangguh tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima.

"Merujuk kepada Artikel 40 Kod ini, penggantungan dua perlawanan yang dikenakan ke atas pemain ini adalah seperti berikut, tertakluk kepada sebarang pindaan jadual perlawanan oleh pihak penganjur.

Aksi Natxo Insa ke atas pengadil, Noor Azriel Baharudin di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.
Aksi Natxo Insa ke atas pengadil, Noor Azriel Baharudin di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac lalu.

"Perlawanan Liga Super 2021 antara JDT dan Melaka United FC pada Jumaat, 2 April 2021. Baki satu lagi perlawanan adalah ditangguhkan terlebih dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pemain ini.

"Jika pemain ini didapati bersalah mengulangi kesalahan yang sama, baki hukuman penggantungan satu perlawanan ini akan berkuatkuasa dengan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FAM pada Khamis.

Pada masa sama, Baljit memberitahu, hanya keputusan berkaitan hukuman denda dibenarkan untuk rayuan.

Artikel Berkaitan:

"Pemain ini juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama," jelasnya.