11 warga Myanmar bergaduh guna besi, kayu ditahan

Tok Beng Yeow
Tok Beng Yeow
A
A
A

KULAI - Empat pekerja kilang warga asing cedera parah dalam satu pergaduhan di kawasan perindustrian Taman Teknologi Senai di sini kira- kira jam 8 malam pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pergaduhan itu melibatkan ramai pekerja warga asing yang menggunakan senjata kayu dan besi.

Beliau memberitahu, warga asing yang cedera parah terdiri daripada lelaki warga Pakistan dan India dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

"Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kulai menahan 11 warga Myanmar berusia antara 20 hingga 30 tahun.

"Mereka ditahan reman selama empat hari sehingga 4 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah merusuh dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Menurut Beng Yeow, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca pergaduhan tersebut selain sedang mengesan pekerja lain yang terbabit dalam pergaduhan itu.

Artikel Berkaitan: