Kesetiaan saya tetap pada UMNO dan BN: Shamsul Anuar

Shamsul Anuar tidak rela hilang UMNO dan BN.
Shamsul Anuar tidak rela hilang UMNO dan BN.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa kesetiaan beliau tetap pada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Shamsul dalam satu tulisan di Facebooknya pada Khamis berkata, beliau tidak rela hilang UMNO dan BN.

“Saya tidak rela hilang UMNO, BN yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara ini,” katanya.

Dalam tulisannya di Facebook juga, Ahli Parlimen Lenggong itu turut memaparkan tangkap layar berita pada Isnin yang bertajuk 'Kejutan! Menteri UMNO dijangka bakal isytihar sertai Bersatu?'.

KESETIAN SAYA TETAP PADA UMNO DAN BARISAN NASIONAL " Saya tidak rela hilang UMNO BN yang banyak berjasa kepada...

Posted by Shamsul Anuar Nasarah on Wednesday, March 31, 2021

Pada Rabu, seramai 14 menteri daripada UMNO dilaporkan mencapai persepakatan untuk terus kekal berada dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesepakatan itu dicapai menerusi pertemuan bersama menteri UMNO pada Isnin lalu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri UMNO sepakat kekalkan Kabinet: Muhyiddin