Covid-19: 1,178 kes baharu

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 1,178 kes baharu Covid-19 dan enam kematian dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes sembuh pula ialah 1,377 menjadikan kumulatif kes sembuh dalam negara kini berjumlah 331,001 kes.

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,158 adalah penularan tempatan manakala 20 lagi kes import.

“Seramai 163 individu sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Beliau berkata, negeri yang mencatat kes paling tinggi hari ini ialah Sarawak dengan 238 kes diikuti Selangor (237), Pulau Pinang (190), Johor (165), Kuala Lumpur (101), Sabah (86), Negeri Sembilan (34), Kedah (32), Perak (31), Kelantan (27), Pahang (14), Melaka (9), Labuan (7), Terengganu (6), dan Putrajaya (satu), manakala tiada kes baharu di Perlis.

Sementara itu, enam kluster baharu dikesan membabitkan lima kluster tempat kerja iaitu di Selangor (Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal), Johor (Kluster Jalan Permas Cetak dan Kluster Kait Gading), dan Pulau Pinang (Jalan Teluk Kumbar), serta satu kluster komuniti di Pahang iaitu Kluster Taman Emas.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,016 kluster tamat setakat ini termasuk 14 kluster yang tamat pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Pecahan kes baharu mengikut negeri, 1 April 2021.#COVID19pic.twitter.com/z1pEySHo6q

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 1, 2021