Trump obes tapi sihat...

Trump
Trump
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengalami pertambahan berat badan sejak pemeriksaan kesihatan terakhir yang dilakukan beliau.

Namun, doktor jutawan hartanah itu, Sean Conley memberitahu, tahap kesihatannya sangat baik walaupun obes.

"Trump kini diberikan dos ubat lebih tinggi untuk merendahkan paras kolestrolnya," ujarnya.

Pemeriksaan dilakukan pada minggu lalu menunjukkan berat Trump dengan ketinggian 190 sentimeter telah meningkat kepada 110 kilogram (kg) daripada 108 kg pada awal 2018.

Doktor lain mendakwa Indeks Jisim Tubuh (BMI) beliau kini melebihi 30 yang dianggap sebagai obes klinikal.

Trump yang menghidapi penyakit jantung biasa telah diminta untuk menurunkan berat sekurang-kurangnya 4.5 kg.

Beliau dikenali sebagai bukan seorang perokok selain tidak mengambil minuman alkohol. - BBC

Artikel Berkaitan: