Pemandu lori tangki cuai tiada kaitan Syabas

Laporan Sinar Harian, semalam.
Laporan Sinar Harian, semalam.
A
A
A
SHAH ALAM - Kejadian kemalangan menyebabkan lapan kenderaan rosak berpunca daripada kecuaian pemandu sebuah lori tangki di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, pada Rabu lalu tiada kaitan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) ahli Kumpulan Air Selangor.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad, menjelaskan lori tangki tersebut tidak membawa muatan air dan bukan millk Syabas sebagai mana dilaporkan akhbar.

“Insiden tersebut tiada kaitan dengan syarikat kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, pemandu lori tangki berkenaan dilaporkan terlupa menarik brek tangan ketika berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi diesel.

Lori tangki berkenaan telah mengelongsor ke hadapan menuruni bukit dan merempuh kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan.
Artikel Berkaitan: