UMNO ikrar pertahan Muafakat Nasional

Pemimpin UMNO pada perasmian persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Ahad lepas. - Foto Bernama
Pemimpin UMNO pada perasmian persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Ahad lepas. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kata sepakat dicapai dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) antaranya Muafakat Nasional perlu dipertahan, diperkukuh dan diperkasa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agenda Muafakat Nasional itu telah diluluskan pada PAU 2020 sebagai satu antara lima intipati ketetapan parti berkenaan.

Menurutnya, lima keputusan berkenaan menjadi formula UMNO untuk kestabilan dan kesejahteraan bersama iaitu beriltizam mempertahan, memperkukuh dan memperkasakan Muafakat Nasional berasaskan Piagam yang dimeterai pada 14 September 2019.

Ahmad Maslan - Foto Bernama
Ahmad Maslan - Foto Bernama

Agenda kedua katanya ialah, menerima dan mempertahankan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari 2021 yang membuat ketetapan tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

"Kita bersetuju menggunakan jenama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain sepakat dengan gesaan akar umbi dan kepimpinan agar PRU15 diadakan segera bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil untuk menjamin kemakmuran negara kembali di landasan dan kehidupan rakyat disejahterakan,” katanya.

Katanya lagi, UMNO menyokong ucapan dasar Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dengan tegas mempertahankan asas dan tujuan parti dalam memartabatkan Islam, mengukuhkan kedudukan Melayu dan bumiputera.

"Begitu juga anak Sabah dan orang asli serta menyantuni pelbagai kaum sebagai paksi kestabilan negara selaras dengan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang di bawah Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen," katanya.

Artikel Berkaitan: