Lima individu ditahan disyaki seludup arak

Antara botol arak yang dirampas.
Antara botol arak yang dirampas.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seramai lima individu ditahan kerana disyaki menyeludup arak tidak bercukai di dalam 25,448 tin dan botol di sebuah premis di Taman Industri SB Jaya di sini pada Rabu.

Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, kesemua lelaki berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan dalam Op Kontraban pada jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, siasatan mendapati, kesemua botol dan tin arak pelbagai jenama itu diletakkan dalam 1,085 kotak.

"Kita turut merampas sebuah lori satu tan jenis Daihatsu Super Delta dan kesemua nilai rampasan ialah RM 655,858," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhammad memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: