Penumpang simbah air panas kepada pramugari

Suasana kecoh di dalam pesawat berkenaan. - Daily Mail
Suasana kecoh di dalam pesawat berkenaan. - Daily Mail
A
A
A
BANGKOK - THAILAND. Seorang pramugari disimbah air panas dari mangkuk mi segera oleh penumpang gara-gara tidak dapat duduk sebelah teman lelakinya?

Kejadian itu berlaku ketika pesawat dari syarikat penerbangan tambang rendah, dalam perjalanan dari Bangkok ke Nanjing, China.

Memetik Daily Mail, penumpang wanita dari China itu menyerang pramugari Thailand dengan melemparkan cawan mi segera apabila dia mengetahui dia tidak dapat duduk bersebelahan teman lelakinya.

Dalam suasana kecoh, penumpang dilihat mengeluarkan telefon pintar untuk merakam gambar pramugara yang menjerit kesakitan sambil menutup mukanya.

Meskipun terdapat seorang penumpang sukarela menukar tempat duduknya dengan wanita itu tetapi suasana dalam penerbangan itu semakin panas.

Kekecohan itu berterusan apabila seorang lelaki dipercayai teman lelakinya telah keluar dari kerusi dan terus memarahi dan mengancam untuk meletupkan pesawat gara-gara pramugari itu dibela rakan sekerjanya.

Bukan itu sahaja, lelaki itu turut membela teman wanitanya dengan memberitahu perbuatan tersebut tidak disengajakan.

Jelasnya, insiden itu berlaku ketika mereka sedang bertengkar dan pada masa sama pramugari itu memberi resit air panas yang dipesan mereka.

Susulan kejadian tersebut, perjalanan dilanjutkan hingga 90 minit sebelum pendaratan kecemasan dilakukan
Artikel Berkaitan:


Gara-gara insiden itu, tular beberapa keping gambar di lawan web sosial Weibo menunjukkan seorang lelaki bersama wanita keluar dari pesawat.

Pasangan itu telah menerima padah dengan perlu membayar 50,000 baht Thai (kira-kira RM6,352) sebagai pampasan kepada krew penerbangan yang cedera.

Wanita yang melemparkan cawan air panas dan mee itu dikenakan denda tambahan 200 baht Thailand (RM25). - Daily Mail