PIK bantu orang awam, warga emas daftar terima vaksin Covid-19

PIK membantu orang awam yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.
PIK membantu orang awam yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.
A
A
A

CYBERJAYA - Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara dimobilisasikan sebagai pusat bantuan dalam usaha membantu orang awam termasuklah warga emas yang menghadapi kesukaran, untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di PIK akan membantu melicinkan proses pendaftaran.

"Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan orang awam.

"Menerusi usaha tersebut, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19," katanya.

Menurutnya, bagi mereka yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19, sila manfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK oleh SKMM untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak PIK anda yang berdekatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!