Bekalan air pulih sepenuhnya

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.
Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di 31 kawasan di wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pulih sepenuhnya pagi Khamis.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook pada Khamis berkata, bekalan air pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi.

"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

"Air Selangor ingin memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera," kata kenyataan itu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam telah dimulakan pada jam 9 pagi Selasa.

Gangguan bekalan air itu membabitkan lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: