26 kawasan sudah terima bekalan air

Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada pagi Selasa
Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada pagi Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 26 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga jam 6 petang Rabu berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook pada Rabu berkata, pemulihan sepenuhnya telah dicapai di lapan kawasan daripada 31 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual.

"(Dari segi peratusan) akaun pengguna pula, sebanyak 73 peratus yang terlibat telah pun menerima bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam.

"Untuk mendapatkan maklumat senarai kawasan yang masih lagi belum menerima bekalan air, sila rujuk pada pautan ini https://bit.ly/3rE3v03," katanya.

Gangguan bekalan air berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada pagi Selasa menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di lima kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: