X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO melemah: Khairy sindir Najib

Khairy mengingatkan kepada Najib (kiri) bahawa keputusan menangguhkan pemilihan parti pada tahun 2018 tidak sama sekali membantu mengukuhkan BN.
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara sinis menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa UMNO akan melemah sekiranya parti itu mengadakan pemilihan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Khairy yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO mengingatkan Najib bahawa keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri berkenaan sebelum ini untuk menangguhkan pemilihan parti pada tahun 2018 bagi memberi jalan kepada PRU14 tidak sama sekali membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang.

“Cadangan itu dibuat oleh Datuk Seri Najib dan saya hanya mahu menjawab. UMNO menangguhkan pemilihan parti pada 2018 kerana PRU14. Namun kita (BN) masih kalah,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ gesa segerakan pemilihan UMNO, selesai kemelut dalaman parti

Pada Selasa, Khairy menggesa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO supaya mengadakan pemilihan parti sebelum PRU15 bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu.

Susulan daripada itu, Najib dilaporkan berkata, langkah mengadakan pemilihan sebelum PRU15 akan membawa keretakan dan memecah-belah parti selain memberi peluang untuk parti lain ‘mencuri’ calon yang kalah.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!