Bersatu Johor tumpu persiapan PRU-15: Muhyiddin

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu merupakan antara intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat Bersatu dan Perikatan Nasional Johor selama empat jam pada Rabu.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu merupakan antara intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat Bersatu dan Perikatan Nasional Johor selama empat jam pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Biarpun dilanda kemelut, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor terus melangkah ke hadapan dengan memberi tumpuan kepada persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu merupakan antara intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat Bersatu dan Perikatan Nasional Johor selama empat jam pada Rabu.

"Kita menyusun gerak kerja dan program-program," katanya kepada pemberita selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Bersatu dan PN secara berasingan di sini.

Menurutnya, turut dibangkitkan adalah rundingan untuk menyelesaikan struktur di peringkat Parlimen.

"Kita akan rundingkan siapa yang akan mengetuai sama ada Bersatu atau Pas," katanya.

Beliau berkata, rundingan yang dibuat turut mengambil kira parti-parti PN Johor.

"Keputusan muktamad akan dibuat Bersatu di peringkat nasional," katanya.

Muhyiddin berkata, mesyuarat itu turut menyatakan kerjasama yang ada antara Bersatu dan Pas sebagaimana kenyataan rasmi pimpinan kedua-dua parti.

Artikel Berkaitan:

"Ini menunjukkan semangat setiakawan Bersatu dan Pas untuk ke hadapan supaya jalinan kerjasama itu kukuh antara kedua-dua parti serta parti lain," katanya.

Beliau yang juga Ketua Bersatu Johor berkata, parti itu telah bertekad untuk bersama dengan Pas walau apapun situasinya.

"Komitmen dan hala tuju Pas dan Bersatu di peringkat pemimpin amat jelas.

"Apa pun yang berlaku itu soal UMNO tetapi kerjasama Bersatu, Pas amat jelas," katanya.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri bagaimanapun meninggalkan persoalan berhubung pelaksanaan PRU-15.

"Bila? Wallahualam," katanya.