Mahkamah Austria batal rancangan kerajaan tutup enam masjid

Seorang wanita berjalan di hadapan Pusat Islam Vienna.
Seorang wanita berjalan di hadapan Pusat Islam Vienna.
A
A
A

VIENNA - AUSTRIA. Mahkamah Austria membatalkan rancangan kerajaan untuk menutup enam masjid milik komuniti Arab di negara itu.

Tahun lalu, Canselor Austria, Sebastian Kurz berkata, kerajaannya akan menutup masjid yang ditadbir nasionalis Turki dan membubarkan kumpulan komuniti agama Arab yang mengendalikan enam masjid serta mengusir puluhan imam.

Semasa sidang akhbar, Kurz berkata langkah itu bertujuan untuk mengekang aktiviti politik Islam.

Pengumuman itu menimbulkan kemarahan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang bertindak mengecam serta mengutuk keputusan tersebut sebagai anti-Islam dan berjanji akan bertindak balas.

Kurz berkata bahawa siasatan oleh Kementerian Kebudayaan dan Dalam Negeri mendapati aktiviti dijalankan di tujuh masjid terbabit menyalahi undang-undang.

Masjid Turki dibuka semula Jun lalu selepas ia memenuhi peraturan ditetapkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: