Polis siasat kes pecah cermin lapan buah kereta

Rakaman mengenai insiden pecah cermin kereta tular di laman sosial.
Rakaman mengenai insiden pecah cermin kereta tular di laman sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang menyiasat kes pecah cermin lapan buah kereta di tempat letak kereta di Kota Damansara.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada Selasa.

"Dalam kejadian tersebut, tiada kehilangan barang peribadi dilaporkan. Siasatan di tempat kejadian mendapati kawasan tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (cctv) dan juga tidak dikawal oleh pengawal keselamatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ku Mashariman berkata, setakat ini, tiada butiran suspek diperoleh kerana tiada saksi bebas yang melihat kejadian tersebut.

"Usaha mengesan suspek masih giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat," katanya.

Rakaman berdurasi 1.07 mengenai insiden itu tular di media sosial memaparkan orang ramai melihat beberapa kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan di bahagian cermin.

Artikel Berkaitan: