Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit susut 2.22 peratus

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 35.68 mata kepada 1,573.51 daripada paras penutup 1,609.19 pada Selasa.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 35.68 mata kepada 1,573.51 daripada paras penutup 1,609.19 pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama turun 2.22 peratus dipengaruhi terutamanya oleh saham sarung tangan serta sentimen lemah dalam pasaran tempatan tetapi berjaya pulih sedikit daripada penurunan untuk ditutup pada paras terendah hariannya.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 35.68 mata kepada 1,573.51 daripada paras penutup 1,609.19 pada Selasa.

Indeks itu dibuka 0.23 mata lebih rendah kepada 1,608.96 dan bergerak antara paras 1,564.06 dan 1,608.96 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 858 berbanding 303, manakala 369 kaunter tidak berubah, 671 tidak diniagakan dan 87 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.36 bilion saham bernilai RM4.22 bilion daripada 5.78 bilion saham bernilai RM3.59 bilion pada Selasa.

Penurunan kaunter sarung tangan itu disebabkan dakwaan buruh paksa oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat terhadap proses pengeluaran sarung tangan Top Glove Corp.

Saham Top Glove turun 25 sen kepada RM4.52, Hartalega berkurangan 43 sen kepada RM8.93 dan Supermax susut 14 sen kepada RM3.81. Ketiga-tiga saham itu menyumbang 7.49 mata daripada penurunan indeks utama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank turun 15 sen kepada RM8.25, Public Bank susut lapan sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals jatuh 10 sen kepada RM8, TNB berkurangan 28 sen kepada RM10.12 dan IHH Healthcare turun 11 sen kepada RM5.32.

Artikel Berkaitan:

Bagi kaunter cergas, Berjaya Corp meningkat enam sen kepada 45.5 sen, Scomi naik satu sen kepada 6.5 sen, Barakah Offshore menokok dua sen kepada 11 sen dan AT Systematization susut satu sen kepada 9.5 sen.

Aliran menurun di pasaran tempatan itu juga sejajar dengan bursa serantau lain.

Nikkei 225 Jepun turun 0.86 peratus kepada 29,178.80, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.7 peratus kepada 28,378.35 dan Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.35 peratus kepada 3,179.58.

Di papan Indeks, FBM 70 turun 128.8 mata kepada 15,473.57, Indeks FBM Emas berkurangan 208.21 mata kepada 11,614.56, FBMT 100 susut 213.27 mata kepada 11,281.77, FBM Emas Shariah jatuh 241.22 mata kepada 12,846.17 dan FBM ACE turun 167.09 mata kepada 10,065.8.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 237.92 mata kepada 15,220.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.39 mata kepada 191.14 dan Indeks Perladangan jatuh 123.16 mata kepada 7,011.51.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.87 bilion saham bernilai RM3.69 bilion daripada 3.83 bilion saham bernilai RM2.92 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 311.28 juta unit bernilai RM47.46 juta daripada 250.08 juta unit bernilai RM36.92 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.17 bilion saham bernilai RM486.92 juta daripada 1.69 bilion saham bernilai RM631.33 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.02 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.92 bilion), pembinaan (1.83 juta), teknologi (353.12 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (161.60 juta), hartanah (896.87 juta), perladangan (37.42 juta), REITs (6.0 juta), dana tertutup (33,400), tenaga (990.95 juta), penjagaan kesihatan (129.25 juta), telekomunikasi dan media (58.13 juta), pengangkutan dan logistik (88.32 juta) dan utiliti (32.38 juta). - Bernama