Mayat tanpa identiti ditemui bawah jambatan

No Image Caption
A
A
A

KUALA KANGSAR - Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut dalam timbunan sampah di bawah sebuah jambatan yang sedang dalam pembinaan di Manon, hari ini.

Penemuan mangsa disedari pekerja pembinaan jambatan berkenaan sekitar jam 9.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, pemeriksaan ke atas mayat tidak menemui sebarang sebarang pengenalan identiti diri.

Menurutnya, berdasarkan keadaan mayat telah kembung, kemungkinan mangsa telah meninggal dunia antara lima ke tujuh hari sebelum ditemui.

“Bantuan bomba digunakan untuk mengangkat mayat dari sungai, hasil pemeriksaan mendapati, mayat itu masih berpakaian lengkap, kaki seluar dilipat hingga ke paras betis, namun sebahagian kulitnya telah tertanggal,” katanya.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Kangsar mendapati mangsa mati akibat lemas.

“Tiada sebarang unsur jenayah berlaku dalam kes ini, pegawai perubatan mengesahkan kematian adalah disebabkan lemas.

Cap jari telah diambil bagi membantu mengesan identiti mangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan: