Ibu kandung dua beradik dicari

Dari kiri: Putri Andini, Putri Intan
Dari kiri: Putri Andini, Putri Intan
A
A
A

SABAK BERNAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabak Bernam meminta orang ramai membantu mencari ibu kandung kepada dua beradik bagi urusan penjagaan.

Menerusi satu kenyataan, JKM Sabak Bernam berkata, kanak-kanak berkenaan adalah Putri Intan Joni, 10 tahun dan Putri Andini Joni, 7 tahun yang diselamatkan JKM pada 23 Mac lalu.

Menurut kenyataan itu, dua beradik itu tidak mempunyai waris selepas ayah kandung mereka, Joni Saragih meninggal dunia di Hospital Klang akibat serangan jantung.

"Ibu kandung kepada dua kanak-kanak perempuan itu dikenali Ning Turuti merupakan warga Indonesia.

"Kanak-kanak itu memaklumkan yang ibu kandung mereka telah pulang ke Indonesia namun tidak dapat dipastikan kesahihannya," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Katanya, usaha mengesan ibu kandung atau waris dilakukan untuk membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan mereka.

Justeru, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan diminta menghubungi JKM Sabak Bernam di talian 03- 32242304 / 4873.

Artikel Berkaitan: