X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 1,482 kes baharu

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes harian Covid-19 di negara ini kekal empat digit dalam tempoh 24 jam lepas dengan 1,482 kes dan tujuh kematian dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes sembuh pula ialah 1,070, menjadikan kumulatif kes pulih kini 329,624, manakala kes aktif setakat ini 14,604.

“Daripada jumlah kes baharu pada Rabu, 1,480 adalah penularan tempatan dan dua kes import, sementara 164 individu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Jumlah keseluruhan kes kini 345,500, manakala kes kumulatif kematian kini 1,272. Kesemua mangsa yang meninggal dunia akibat wabak itu berumur antara 53 hingga 96 tahun," katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan penularan Covid-19 pada Rabu.

Dr Noor Hisham menyatakan tiga negeri yang mencatat kes paling tinggi terdiri dari Selangor dengan 661 kes diikuti Pulau Pinang (200) dan Sarawak (176), Johor (86), Sabah (69) Kelantan (57), Kuala Lumpur (42), Melaka (41), Kedah (37), Pahang (36), Negeri Sembilan (32), Perak (31), Labuan (lapan) Putrajaya (tiga), Terengganu (dua) dan Perlis (satu).

Dalam kenyataan itu, beliau memberitahu, 13 kluster baharu dikesan membabitkan tujuh kluster di tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Lorong Mulia di Johor.

Kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Kingsway dan Bulatan Aman di Sarawak; Delima Baiduri (Kedah); Jalan Hevena Scruciana (Selangor); Jalan Rasmi (Selangor dan Kuala Lumpur); Pulau Enoe (Labuan) serta Jalan Jelawat (Pulau Pinang dan Perak), manakala kluster komuniti adalah Emas Bemban dan Layar di Kedah; Jalan Baji (Sarawak) serta Kampung Baru Pasir Putih dan Rimbayan masing-masing di Sabah. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!