Tun Faisal hantar surat rayuan kepada Ahmad Zahid esok

Tun Faisal Ismail Aziz - Foto Bernama
Tun Faisal Ismail Aziz - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz akan mengemukakan sendiri surat rayuan terhadap penggantungan keahliannya selama enam tahun kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok.

Tun Faisal memaklumkan beliau akan ke Pejabat Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur untuk menyampaikan sendiri surat rayuan terhadap keputusan dibuat parti pada Sabtu lalu.

"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Datuk Sumali, SUK (Setiausaha Kerja) UMNO dan berharap dapat menyerahkan surat ini sendiri kepada Presiden,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tun Faisal dalam kenyataan itu juga mendakwa tindakan dihadapinya itu adalah satu kekhilafan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak diberikan gambaran sebenar mengenai fakta kes beliau.

“Mereka tidak diberikan kesempatan untuk membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan saya, serta hanya bergantung kepada kesimpulan yang diberikan oleh Lembaga Disiplin.

“Anggota MKT hanya diminta mengesahkan laporan yang diberikan dan dibentangkan di dalam mesyuarat MKT yang lepas.

“Semoga kali ini MKT akan dapat benar-benar membaca dan meneliti hujah-hujah pembelaan yang saya sampaikan dan mempertimbangkan rayuan saya,” katanya lagi.

Tun Faisal sebelum ini telah diarahkan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO berhubung kenyataan terbuka yang dilihat menentang presiden parti.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Keahlian Tun Faisal dalam UMNO digantung