Kerajaan kaji tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Kehakiman: Tun M

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keraajaan akan mengkaji sebarang cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap dakwaan terbaru mengenai salah laku hakim-hakim kanan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau tahu mengenai dakwaan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dalam afidavitnya yang telah membuat pendedahan yang mengejutkan.

"Ya, saya tahu beliau telah membangkitkan sesuatu. Tetapi saya tidak boleh beri komen mengenai perkara ini, kerana sebagaimana yang kamu tahu, kita tidak harus memburukkan badan kehakiman secara terbuka, tetapi sudah tentu kita mempunyai pandangan peribadi.

"Kerajaan akan mengkaji apa-apa cadangan dan, jika perlu kita akan menubuhkannya (suruhanjaya siasatan diraja)," kata beliau ketika ditanya sama ada kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya itu.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di sini.

Hakim Hamid, dalam afidavitnya setebal 63 muka surat semalam sebagai sokongan kepada permohonan oleh Sangeet Kaur Deo, mendedahkan, antara lain, butiran yang mengejutkan mengenai beberapa kejadian campur tangan hakim dalam badan kehakiman di Malaysia, termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.- Bernama

Artikel Berkaitan: