Lewandowski rehat sebulan

Lewandowski (kanan) diketepikan selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut. - Foto AFP
Lewandowski (kanan) diketepikan selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut. - Foto AFP
A
A
A

BINTANG Bayern Munich, Robert Lewandowski terpaksa diketepikan selama sebulan selepas mengalami kecederaan lutut, kata kelab bola sepak Jerman itu pada Selasa.

“Robert Lewandowski mengalami masalah ligamen di lutut kanannya. Penyerang itu tidak akan beraksi selama empat minggu,” kata Bayern Munich dalam satu kenyataan lapor Agensi Anadolu.

Lewandowski, 32, cedera selepas Poland menumpaskan Andorra 3-0 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Eropah pada Ahad dan kembali ke Munich untuk menjalani rawatan perubatan.

Penyerang Poland itu akan terlepas aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) pada 7 April di Munich dan 13 April di Paris.

Musim ini, Lewandowski berjaya menjaringkan 42 gol dalam 36 perlawanan bersama Bayern Munich. - Bernama

Artikel Berkaitan: