Putus jari disondol babi hutan

Akop hilang jari manis tangan kiri akibat diserang dan disondol seekor babi hutan di Kampung Bukit Lintang, di sini, Rabu lalu.
Akop hilang jari manis tangan kiri akibat diserang dan disondol seekor babi hutan di Kampung Bukit Lintang, di sini, Rabu lalu.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas hilang jari manis tangan kiri akibat diserang dan disondol seekor babi hutan di Kampung Bukit Lintang, di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa, Akop manap 74, yang ketika itu mahu mengambil serai di belakang rumahnya secara tiba diserang binatang tersebut sebelum disedari jirannya.

Anaknya, Khalid Akop 40, berkata, kejadian pertama itu juga mengakibatkan betis bapanya berlubang tertusuk taring babi betina terbabit.

Menurutnya, kecederaan yang dialami menyebabkan pesara kerajaan itu terpaksa dirawat di Hospital Melaka selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada Jumaat lalu.

"Walaupun sekarang bapa berehat di rumah, namun masih trauma sehinggakan tidur juga terganggu.

Akop (kanan) ketika menerima kunjungan Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman di rumahnya di Kampung Bukit Lintang, di sini pada Selasa.
Akop (kanan) ketika menerima kunjungan Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman di rumahnya di Kampung Bukit Lintang, di sini pada Selasa.

"Saya harap Jabatan Perhilitan dapat memantau kawasan berkenaan kerana kami bimbang serangan babi jantan pula," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, pihaknya ada menerima aduan dan akan membuat pemantauan lebih kerap.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dalam Operasi Hapus Babi Hutan (Ops Siong) sejak September tahun lalu sebanyak 1,240 babi hutan dihapuskan tetapi jumlah haiwan itu yang dihapuskan pada tahun ini berkurangan dengan jumlah bawah 10 ekor setiap minggu berbanding 15 hingga 40 ekor seminggu pada tahun 2019.

"Bagaimanapun kita tidak boleh membiarkan dan perlu melakukan operasi berkala supaya pembiakan babi hutan menurun," katanya.