Kenderaan masuk Kelantan meningkat

Jumlah kemasukan kenderaan di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding hari biasa walaupun kerajaan masih mengenakan tindakan larangan rentas negeri. - Gambar hiasan
Jumlah kemasukan kenderaan di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding hari biasa walaupun kerajaan masih mengenakan tindakan larangan rentas negeri. - Gambar hiasan
A
A
A

PASIR MAS - Jumlah kemasukan kenderaan di negeri ini menunjukkan peningkatan berbanding hari biasa walaupun kerajaan masih mengenakan tindakan larangan rentas negeri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, hasil maklumat yang diperoleh jumlah kemasukan kenderaan bertambah sebanyak 10 peratus berbanding biasa sejak dua hari lalu.

"Maklumat tersebut hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh polis menerusi Sekatan Jalan Raya (SJR) di pintu-pintu masuk utama ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas antara Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif dengan Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini pada Rabu.

Shafien (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas antara Mohamad Roy Suhaimi (kiri) dengan Mohd Nasaruddin (kanan) di IPD Pasir Mas.
Shafien (tengah) menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Pasir Mas antara Mohamad Roy Suhaimi (kiri) dengan Mohd Nasaruddin (kanan) di IPD Pasir Mas.

Mohamad Roy Suhaimi berpindah ke IPD Batu Gajah, Perak sebagai Ketua Polis Daerah berkenaan.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Pasir Mas, Kamaylia Omar dengan Nor Azura Shafie yang disaksikan oleh Pengerusi Perkep Kontinjen Negeri Kelantan, Datin Zairihan Che Haron.

Menurut Shafien, kesemua individu yang masuk ke negeri ini mempunyai kebenaran dan dokumen sah manakala mereka yang gagal menunjukkan dokumen berkaitan akan diarah berpatah balik mengikut peraturan sedia ada.

Mengulas lanjut perkara ini, Shafien mahu individu yang mendapat kebenaran pulang itu sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi membantu kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

Artikel Berkaitan: