X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Mohd Nasaruddin Ketua Polis Pasir Mas baharu

Mohd Nasaruddin
A
A

PASIR MAS - Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Pasir Mas yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Mohd Nasaruddin dilantik ke jawatan itu bagi menggantikan Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Gajah, Perak sebagai Ketua Polis Daerah.

Sebelum ini Mohd Nasaruddin merupakan Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.

Majlis serah terima tugas antara Mohamad Roy Suhaimi dan Mohd Nasaruddin berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, IPD Pasir Mas pada Rabu yang disaksikan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Pasir Mas, Kamaylia Omar dengan Nor Azura Shafie yang disaksikan oleh Pengerusi Perkep Kontinjen Negeri Kelantan, Datin Zairihan Che Haron.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisoner Abdullah Mohammad Piah.

Sementara itu, Mohamad Roy Suhaimi dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada seluruh warga IPD Pasir Mas.

Katanya, seluruh warga IPD Pasir Mas telah memberikan perkhidmatan terbaik ketika dia mengetuai pasukan itu.

Bagi Mohd Nasaruddin pula, beliau bertekad untuk memberikan perkhidmatan terbaik di IPD Pasir Mas.

Beliau berkata, berbekalkan cogan kata kepedulian yang maksimum dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!