X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air masih dalam proses pemulihan

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu sedikit lewat berikutan proses pengeringan air di dalam paip sedia ada mengambil masa lebih lama daripada jangkaan.
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di Wilayah Petaling, Klang dan Shah Alam masih belum pulih sepenuhnya susulan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berhampiran Persiaran Selangor, Seksyen 15, di sini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, sehingga jam 6 pagi tadi, pihaknya masih dalam proses bagi menstabilkan sistem agihan bekalan air kepada penduduk yang terjejas.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan.

"Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gangguan bekalan air sehingga 68 jam

Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu itu selesai dilaksanakan sekitar jam 11.30 malam, pada Selasa.

Menurutnya, kerja-kerja itu lewat selama dua jam setengah berbanding tempoh yang dijadualkan pada jam 9 malam Selasa disebabkan proses pengeringan air di dalam paip sedia ada mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Air oh air: Peniaga pening kepala


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!