Gesaan Khairy akan dikaji, kata Mohd Sharkar

Gambar kecil: Mohd Sharkar
Gambar kecil: Mohd Sharkar
A
A
A

TEMERLOH - Gesaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya segera mengadakan pemilihan parti UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dikaji dan diperincikan bagi mencari kaedah sesuai untuk dilaksanakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, beliau menyifatkan gesaan tersebut perlu diambil kira.

"Perkara ini perlu difikirkan dengan baik... Parlimen pun tak bersidang lagi.

"Kita akan bentangkan perkara ini kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan fikirkan kaedah macam mana untuk laksanakannya nanti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy dalam laman sosial Instagram pada Selasa yang menggesa supaya segera mengadakan pemilihan parti itu bagi menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda UMNO.

Artikel Berkaitan: