Tutup Jalan TAR: Peniaga sepakat mahu 'tutup kedai'

Pemilik dan peniaga premis perniagaan mengumpulkan petisyen bantahan berhubung keputusan penutupan Jalan TAR.
Pemilik dan peniaga premis perniagaan mengumpulkan petisyen bantahan berhubung keputusan penutupan Jalan TAR.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Matlamat menjadikan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebagai ‘pedestarian mall’ dengan penutupan sebahagian laluan di situ kepada kenderaan awam bermula 15 Mac ini tidak akan tercapai apabila pemilik dan pemborong kira-kira 300 premis perniagaan di situ sepakat untuk ‘tutup kedai’ pada hari perlaksanaannya.

Tindakan penutupan operasi perniagaan sepanjang laluan yang ditutup itu sebagai tanda protes oleh peniaga terhadap keputusan yang disifatkan dibuat membelakangkan kepentingan mereka.

Penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.
Penutupan Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Rata-rata pemilik dan pengusaha menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu dan membantah menerusi satu petisyen yang dikumpulkan.

Naib Presiden, Batu Road Retailers Association (BARRA), Rohana Mohammad Nasir, berkata, mereka bukannya mahu menentang keputusan kerajaan sebaliknya mahu suara mereka didengar dan keputusan dibuat secara menang-menang untuk semua pihak.

Rohana Mohammad Nasir
Rohana Mohammad Nasir

“Banyak isu yang perlu diselesaikan sebelum keputusan penutupan jalan dibuat. Kami mahu pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk kami jelaskan gambaran sebenar yang akan menjejaskan peniaga premis jika laluan kenderaan ditutup.

“Jika suara kami tidak didengar dan keputusan penutupan jalan diteruskan bermula 15 Mac ini, saya harap semua peniaga memberi sokongan bantahan ini dengan menutup operasi perniagaan,” katanya ketika menandatangani petisyen bantahan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, pula berkata, keputusan tersebut dibuat tanpa perbincangan bersama peniaga premis dan ia hanya akan menambah kesesakan kerana menjejaskan urusan ‘drop off’ dan ‘pick up’.

Ameer Ali Mydin
Ameer Ali Mydin

“Operasi kedai-kedai di Masjid India juga akan ditutup jika tiada pertimbangan dibuat kerajaan berhubung perkara ini,” katanya.

Datuk Andrew Lim Tatt Keong yang mewakili Kompleks membeli belah Sogo turut senada mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangguhkan penutupan jalan tersebut.

“Dalam masa sama perbincangan bersama pihak persatuan, pengusaha dan pemilik perlu dibuat untuk mengetahui mengapa laluan berkenaan tidak boleh ditutup,” katanya.

Terdahulu sekumpulan pemilik perniagaan sepanjang jalan terlibat menandatangani petisyen bantahan penutupan laluan Jalan TAR sepanjang kira-kira 1 kilometer iaitu bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Andrew Lim Tatt Keong
Andrew Lim Tatt Keong

Antara sebab yang dinyatakan termasuk perniagaan yang bakal terjejas berikutan melibatkan ramai pembeli secara pukal sekali gus mengurangkan kuasa beli kerana sukar memunggah barang-barang.

Selain itu, memuat dan memunggah di Lorong Gombak akan mewujudkan kesesakan lalu lintas kerana ia akan mengambil satu lorong trafik dan pemunggahan tidak boleh dilakukan di Lorong TAR pada hari Sabtu kerana kawasan itu ditutup untuk pasar malam.

Perkhidmatan hotel juga antara yang terjejas kerana ‘drop off’ dan ‘pick up’ beg pelanggan sangat jauh dan tidak munasabah selain risiko kejatuhan nilai hartanah bangunan di sekitar Jalan Tar untuk jangka panjang.