X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Mesyuarat Bersatu: Ada beberapa ketetapan diambil

Datuk Wan Saiful Wan Jan
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi membincangkan tentang situasi politik semasa.

Menurut Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, antara perkara lain yang dibincangkan adalah pentadbiran serta isu-isu dalaman parti.

"Hasil daripada itu ada beberapa ketetapan yang dapat diambil, dan kita akan keluarkan kenyataan rasminya pada awal esok pagi.

"Ini ialah mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dan sudah pasti ada banyak isu yang ada kesan besar kepada suasana dalam negara sekarang.

"Kita membuat keputusan akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok, dan kita akan mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kita pada Sabtu nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, bahawa mesyuarat itu tidak membincangkan perkara-perkara yang serius.

"Tiada apa-apa. Ia cuma perbicaraan politik yang biasa sahaja," ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Ketua Serikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Ketua Penerangan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

ARTIKEL BERKAITAN: Biro Politik Bersatu bincang keputusan UMNO malam ini


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!