X

Kindly register in order to view this article
!

Shahidan bidas pihak desak menteri, timbalan menteri UMNO letak jawatan

Shahidan Kassim
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim membidas desakan pihak tertentu yang mahu menteri dan timbalan menteri UMNO meletakkan jawatan segera.

Jelas beliau, UMNO sudah menetapkan bahawa peletakan jawatan hanya akan berlaku sebaik sahaja Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diumumkan oleh kerajaan PN.

“Saya nak tahu arahan siapa (minta meletakkan jawatan), kalau suara-suara dalam Facebook, masing-masing boleh cakap apa sahaja. Kenapa menteri perlu berhenti ? sebab benda ini hanya disebut masa pilihan raya, bukannya sekarang.

“Kalau ada arahan suruh berhenti, kita berhenti la. UMNO dah buat keputusan bahawa usulnya ialah menteri akan berada di tempat mereka sehingga pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Pada Isnin, menteri dari UMNO hadir dalam satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Pertemuan tersebut dibuat susulan daripada keputusan UMNO yang mahu memutuskan hubungan dengan PN selepas kerajaan dibubarkan.

Selain itu, mengulas berkaitan kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkaitan pemilihan segera dalam parti itu, beliau berkata, berdasarkan peraturan, pemilihan akan diadakan pada Jun ini.

"Saya nak bagitahu dalam peraturan sudah ada. Dalam bulan Jun ini kita akan buat pemilihan.

"Oleh kerana belum ada keputusan lagi, kalau UMNO nak ubah kena minta ROS, kalau tidak pun bulan Jun kita akan adakan pertandingan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri, timbalan menteri UMNO perlu tarik diri hari ini

KJ gesa segerakan pemilihan UMNO, selesai kemelut dalaman parti


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!