Rakan lemas depan mata

Pegawai perubatan cuba melakukan usaha terakhir untuk menyelamatkan mangsa. - Foto ihsan pembaca
Pegawai perubatan cuba melakukan usaha terakhir untuk menyelamatkan mangsa. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

MACHANG - Kegembiraan lapan sahabat bertukar pilu apabila salah seorang daripada mereka dipercayai lemas semasa berkelah di air terjun Jeram Linang, Banggol Judah, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Aiman Ikwan Azmi, 19, yang merupakan pelajar Kosmopoint Kota Bharu dikatakan ke taman rekreasi tersebut untuk mandi bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, pada jam 2.45 petang, mangsa dipercayai tenggelam dan tidak timbul walaupun cuba dibantu rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, keadaan arus deras menyukarkan rakan-rakannya menyelamatkan mangsa.

"Namun selepas 15 minit usaha menyelamat dilakukan, mangsa secara tiba-tiba timbul di permukaan air. Salah seorang daripada rakan mangsa bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan selepas berjaya dibawa naik ke darat dan mayat dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan pembaca
Mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan pembaca

Artikel Berkaitan: